Selamat Datang ke Cabaran Kurus & Sihat bersama Dr Zubaidi
Assalammualaikum dan Selamat Datang saya ucapkan kepada peserta-peserta Cabaran Kurus dan Sihat bersama Dr Zubaidi.
Tahniah saya ucapkan kepada anda kerana mengambil langkah pertama menyertai program ini dengan matlamat untuk kurus & sihat, langkah pertama ini bukan mudah! Tahniah untuk anda!
Cabaran perlu bermula daripada ANDA.
Interaktif Platform ini akan membantu anda memberi tunjuk ajar dan nasihat terus daripada saya, Dr Zubaidi dan ANDA perlu untuk berdisplin untuk lakukan 2 PERKARA SAHAJA IAITU :
1. Melakukan 7 LANGKAH CABARAN pada setiap hari
2. Memuatnaik perkembangan harian pada setiap hari
Mudah sahaja kan! Melalui platform ini saya akan berkongsi nasihat, pandangan dari sudut perubatan dan pengalaman saya sendiri menurunkan berat badan hampir 30kg!
ANDA TELAH BERSEDIA?