Terma & Syarat


Part A : Syarat & Terma umum Cabaran Kurus dan Sihat bersama Dr Zubaidi

1.Cabaran Kurus dan Sihat bersama Dr Zubaidi (selepas ini dikenali sebagai ‘Cabaran’) adalah merupakan program kesedaran penurunan berat badan bagi menggalakkan masyarakat untuk menurunkan berat badan secara sihat sebagai salah satu langkah pencegahan penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease atau NCD) dikendalikan oleh OHR Marketing Sdn Bhd (selepas ini dikenali sebagai ‘Olive House’ kolaborasi bersama bimbingan pengamal perubatan am, Dr Hj Zubaidi Ahmad.

2.Cabaran adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas.

3.Peserta yang mempunyai kekangan kesihatan seperti dibawah adalah tidak digalakkan untuk menyertai Cabaran ini. Sekiranya peserta meneruskan untuk menyertai program ini walaupun mempunyai masalah kesihatan adalah dibawah tanggungjawab dan risiko sendiri. Contoh kekangan kesihatan adalah seperti berikut :

a)Individu yang terlalu kurus BMI< 19
b)Individu yang sedang hamil (wanita yang menyusukan bayi masih boleh mengamalkan jika obes kerana diet ini tidak menghalang dari minum air dan tidak terlalu ketat)
c)Kanak kanak dibawah umur 12 tahun dan kanak kanak berumur 12-17 tahun perlu pemantauan ketat dari doktor.
d)Pesakit kanser yang sedang menerima rawatan ie pesakit kanser payu dara atau kolon yang menerima rawatan kemoterapi.
e)Individu berumur yang uzur dari segi fizikal
f)Individu yang ada penyakit komplikasi metabolik seperti sakit jantung, dialisis buah pinggang.

4.Peserta hendaklah membuat pembelian pakej Cabaran yang bernilai RM 250. Pakej Cabaran bagi memulakan Cabaran melalui link www.kurusdansihat.com

5.Durasi program Cabaran adalah selama 30 hari bermula pada sehari selepas peserta membuat pembelian pakej Cabaran 30 hari sehingga tamat 30 hari.

 

Part B : Syarat & Terma umum Timbangan Awal & Akhir

6.Peserta Cabaran akan dinilai berdasarkan PENURUNAN BERAT BADAN TERTINGGI (BY KG).

7.Para peserta WAJIB untuk mempunyai satu Penimbang Digital yang hanya digunakan oleh diri sendiri (tidak di kongsi sesiapa) sepanjang program berjalan.

8.Timbangan awal akan diadakan sebelum bermula cabaran dimana setiap peserta adalah DIWAJIBKAN mengisi borang di dalam system dan memuatnaik beberapa gambar seperti berikut:

a)’Gambar kaki peserta’ diatas mesin penimbang yang jelas.

b) Gambar peserta seluruh badan pada pandangan depan, sisi dan belakang.

9.Peserta adalah diwajibkan untuk menghantar informasi yang sama pada timbangan akhir bag penentuan pemenang.

Part C : Syarat & Terma umum sewaktu Cabaran Kurus dan Sihat bersama Dr Zubaidi

10.Peserta disarankan untuk mengikuti pelan pemakanan dan kaedah yang dicadangkan oleh Dr Zubaidi sepanjang Cabaran ini berlangsung.

11.Peserta juga digalakkan untuk merekodkan perjalanan Cabaran menggunakan Diari Sihat 40 Hari Saya melalui catatan bertulis dan merekod melalui video kreatif dan share di sosial media dengan menggunakan hashtag #walkthetalkolivehouse

12.Peserta juga digalakkan untuk menyertai aktiviti yang dilaksanakan seperti sesi Q&A di dalam channel telegram dan berkomunikasi melalui telegram channel esklusif bersama Dr Zubaidi

13.Peserta tidak dibenarkan untuk mencuba diet keterlaluan seperti senaman berlebihan, pengambilan pil kurus dan dadah atau sebarang kaedah yang boleh memudaratkan badan peserta. Peserta juga tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang penipuan sewaktu Cabaran berlangsung. Jika didapati peserta melakukan demikian, penyertaan akan ditarik balik serta merta.

 

Part D : Syarat & Terma umum pemenang tahunan Cabaran Kurus dan Sihat bersama Dr Zubaidi.

14.Peserta yang mempunyai PERATUS PENURUNAN BERAT BADAN TERBANYAK akan menerima hadiah seperti berikut :

Hadiah utama tahunan : RM 1000 tunai & sijil penyertaan

15.Kesemua peserta juga berpeluang untuk memenangi RM 400 tunai & sijil penyertaan bagi Vlog Terbaik Perjalanan Cabaran 30 Hari. Terma & Syarat bagi Vlog Terbaik Perjalanan adalah seperti berikut :

a)Peserta hendaklah memuatnaik perjalanan Video Cabaran 30 Hari di sosial media (Facebook, Instagram atau Tiktok) dengan menggunakan hashtag #walkthetalkolivehouse
b)Peserta boleh memuatnaik satu video atau lebih sewaktu Cabaran berlangsung
c)Pemenang akan dinilai mengikut kreativiti Vlog dan likes di platform sosial media.

16.Kesemua peserta juga berpeluang untuk memenangi RM 300 tunai & sijil penyertaan bagi peserta yang mengumpul point keaktifan tertinggi di dalam channel telegram sepanjang cabaran.

17. Pengumuman pemenang tahunan akan dilakukan pada bulan Januari 2024.

 

Part E : Syarat & Terma umum Cabaran Kurus dan Sihat bersama Dr Zubaidi

1. Olive House (OHR Marketing Sdn Bhd) dan Dr Zubaidi adalah berhak untuk menggunakan sebarang maklumat dan gambar peserta bagi tujuan berkaitan dengan program Cabaran ini sebelum, semasa dan selepas Cabaran. Sebarang penggunaan selain daripada Cabaran ini hendaklah mendapat kelulusan peserta.

2. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menarik balik keputusan Cabaran, mengubahsuai, memadamkan penyertaan mana-mana peserta atau menyingkirkan Peserta yang melanggar Terma dan Syarat-Syarat dalam Cabaran ini tanpa notis kepada peserta.

3. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang bantahan seperti kata-kata kesat, pergaduhan atau serangan individu tidak akan dilayan sama sekali.

4. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian hotline Olive House 013-5000 157 | 013-5200 157 Emel sales@aafiyatgroup.com